Sejarah dan Pembangunan


        Badminton telah diperkenalkan pada zaman silam. Sukan ini mula dimainkan di Yunanisilam dan Mesir. Di Jepun, sukan yang berkaitan ialah Hanenetsuki yang telah dimainkan pada awal abad ke-16. Di kawasan barat, badminton muncul daripada sebuah sukan yang dipanggil battledone and shuttlecock. Sukan ini dikenali sebagai Poona di India semasa abad ke-18.
        Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1873 di Badminton House, Gloucestreshire, yang dimiliki olehDuke of Beaufort. Pada waktu itu, sukan itu merujukan kepada " The Game of Badminton" dan nama rasmi sukan ini kemudian menjadi Badminton.
        Sehingga 1887, sukan ini dimainkan di England di bawah peraturan yang terdapat di India. Bath Badminton Club mempiawaikan peraturan dan mengaplikasikan sukan ini dalam versi Inggeris.Undang-undang asas itu telah dicipta pada tahun 1887. Pada tahun 1893, Badminton Association of England diterbitkan sebagai set peraturan utama mengikut ketetapan seakan-akan menyamaikan peraturan ketika ini.Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England tahun 1899 merupakan kejohanan badminton yang pertaman di dunia.
        Pertubuhan Badminton Antarabangsa( IBF) atau kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia telah ditubuhkan pada tahun 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Irelabd, New Zealand, Scotland dan Wales sebagai anggota pengasas.India telah menyertai pertubuhan ini pada tahun 1936.Pertubuhan BWF kini merupakan sebuah badan badminton antarabangsa dan menguruskan sukan in secara globa.

      Walaupun asal-usul sukan terletak di England, badminton di peringkat antarabangsa mempunyai rekod tradisi yang didominasi oleh beberapa negara Asia, termasuk Denmark dari Europah, China, Indonesia,Korea Selatan dan Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai pemain bertaraf dunia.